1. Ujian & Latihan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas)
2. Latihan Pra-pentarafan Pengakap Raja
Sukacita dimaklumkan bahawa PPT Klang akan mengadakan Latihan & Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas) & Pra-pentarafan Pengakap Raja pada tarikh yang berikut:
Tarikh: 10-11 April 2010 (Hari Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang, Jalan Langat (di hadapan Hospital Klang)
Pendaftaran: 9.00am 10 April 2010 (Sabtu)
Tamat: 4.00pm 11 April 2010 (Ahad)
Bayaran: Yuran penyertaan RM2.00 untuk kertas kursus
Penyertaan: Terbuka hanya kepada Pengakap ...
- Di tingkatan 4 & 5 bagi Lencana Perkhidmatan Pertolongan Cemas.
- Hanya Pengakap yang telah dipilih untuk menyertai Pentarafan Pengakap Raja pada akhir April 2010 bagi Pra-Pentarafan Pengakap Raja.
- Kumpulan Pengakap sekolah yang telah berdaftar untuk tahun 2010.
- Pengakap-pengakap juga adalah diminta mendapatkan kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing untuk menyertai kursus.
Alatan & makanan: sila sediakan buku log, khemah, alatan & makanan masing-masing.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)
Yang menjalankan tugas,
Franklin Tang
ADC Pentadbiran
merangkapSetiausaha Jawatankuasa Pengakap Raja Daerah
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang