PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda dan Ujian Sikap Pengakap Raja pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 8-9 Mei 2010
Pendaftaran: 9.00am (8 Mei 2010)
Tamat: 4.00pm (9 Mei 2010)
Bayaran: RM2 Setiap Pengakap (tidak termasuk makanan)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Penyertaan hanya dibuka kepada :
- Pengakap Tingkatan 3 ke atas yang belum lulus Lencana Jaya.
- Pengakap yang ingin bersedia untuk Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2011.
- Kumpulan Pengakap di sekolah menengah yang telah daftar untuk tahun 2010 di PPT Klang sahaja.
Keperluan yang perlu dibawa:
- Peralatan memasak makanan & bahan makanan yang sekcukupnya untuk perkhemahan 2 hari 1 malam.
- Alat menulis, selofen tape & buku log baruTali, tongkat pengakap & bendera.
- Keperluan mandi manda & keperluan peribadi.
- Benang tebal seperti benang bulu kambing.
- Parang & Pisau.
- Peti Perlongan cemas (termasuk kain anduh besar & kecil).
- Kompas.
- Peralatan muzik malam kebudayaan.
- Pakaian ibadah.
- Tali tiga urai lilitan.
- Tin susu yang telah digunakan.
- Surat kebenaran ibu bapa.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
En. Franklin Tang
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang
saya akan menghadirkan diri untuk lencana jaya terima kasih
ReplyDelete