Saturday, March 27, 2010

Kursus Ke Arah Pengakap Raja

1. Ujian & Latihan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas)
2. Latihan Pra-pentarafan Pengakap Raja

Sukacita dimaklumkan bahawa PPT Klang akan mengadakan Latihan & Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas) & Pra-pentarafan Pengakap Raja pada tarikh yang berikut:

Tarikh: 10-11 April 2010 (Hari Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang, Jalan Langat (di hadapan Hospital Klang)
Pendaftaran: 9.00am 10 April 2010 (Sabtu)
Tamat: 4.00pm 11 April 2010 (Ahad)
Bayaran: Yuran penyertaan RM2.00 untuk kertas kursus
Penyertaan: Terbuka hanya kepada Pengakap ...
  1. Di tingkatan 4 & 5 bagi Lencana Perkhidmatan Pertolongan Cemas.
  2. Hanya Pengakap yang telah dipilih untuk menyertai Pentarafan Pengakap Raja pada akhir April 2010 bagi Pra-Pentarafan Pengakap Raja.
  3. Kumpulan Pengakap sekolah yang telah berdaftar untuk tahun 2010.
  4. Pengakap-pengakap juga adalah diminta mendapatkan kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing untuk menyertai kursus.
Alatan & makanan: sila sediakan buku log, khemah, alatan & makanan masing-masing.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang
ADC Pentadbiran merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Pengakap Raja Daerah
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

No comments:

Post a Comment