Wednesday, September 22, 2010

Latihan Untuk Pengakap Kanak-kanak

Tarikh:16 Oktober 2010 (Hari Sabtu - 1 Hari)
Tempat: Kem Pengakap Klang - Km 3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Jln Banting)
Pendaftaran: Bermula 9.00am 16 Oktober 2010 & Tamat 5.00pm
Bayaran: RM2 untuk nota & kertas. (Tidak termasuk makanan)
Penyertaan: Hanya terbuka kepada Pengakap-pengakap kanak-kanak

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773). Sila dapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai latihan ini.

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang Wen Chat
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran) merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Latihan Pengakap Raja PPT Klang
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Saturday, July 10, 2010

Latihan & Ujian Lencana Usaha Pengakap Muda

PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Usaha yang dinyatakan di atas pada tarikh yang berikut:


Tarikh: 7-8 Ogos 2010 (Hari Sabtu - Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang - Km 3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Jln Banting)
Pendaftaran: Bermula 9.00am 7 Ogos (Sabtu) & Tamat 4.00pm 8 Ogos 2010 (Ahad)
Bayaran: RM2 untuk nota & kertas. (Tidak termasuk makanan)
Penyertaan: Hanya terbuka kepada Pengakap-pengakap tingkatan 1 dan ke atas yang belum lulus Lencana Usaha dan telah berdaftar bagi tahun 2010

Keperluan untuk berkursus.

1. Makanan & minuman secukupnya (masak sendiri) untuk 2 hari 1 malam & keperluan untuk berkhemah, keperluan mandi manda.
2. Tongkat & tali pengakap, tali manila hemp 3 urai - 1 meter , tali ikat bungkusan pos 1 meter, alat muzik untuk malam kebudayaan.
3. Alat tulis & pensil warna, buku log baru.

Keperluan (Kumpulan):

1. Khemah (fly sheet jika tiada khemah pasang siap), alas tidur.
2. Peralatan untuk memasak.
** Kalau tiada khemah, bawa alas/tikar untuk tidur dalam dewan Pengakap.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773). Sila dapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai latihan ini.

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang Wen Chat
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran) merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Latihan Pengakap Raja PPT Klang
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Tuesday, June 1, 2010

Latihan & Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda

PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Keahlian yang dinyatakan di atas pada tarikh yang berikut:


Tarikh: 3-4 July 2010 (Hari Sabtu - Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang - Km 3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Jln Banting)
Pendaftaran: Bermula 9.00am 3 July (Sabtu) & Tamat 4.00pm 4 July 2010 (Ahad)
Bayaran: RM2 untuk nota & kertas. (Tidak termasuk makanan)
Penyertaan: Hanya terbuka kepada Pengakap-pengakap tingkatan 1 yang kali pertama menyertai Pasukan Pengakap dan telah berdaftar bagi tahun 2010

Keperluan untuk berkursus.
1. Membawa peralatan untuk berkhemah.
2. Membawa bahan makanan untuk dimasak dan minuman bagi bekalan yang cukup untuk berkhemah selama 2 hari 1 malam.
3. Membawa peralatan untuk memasak.
4. Membawa keperluan untuk mandai manda.
5. Pensil, pen & pembaris.
6. Pensil-pensil warna.
7. Buku log baru.
8. Tali & tongkat Pengakap.
9. Benang bulu kambing.
10 Gunting.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang Wen Chat
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran) merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Latihan Pengakap Raja PPT Klang
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Thursday, May 20, 2010

Program Latihan & Ujian Lencana Maju

PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Maju yang dinyatakan di atas pada tarikh yang berikut:


Tarikh: 29-30 Mei 2010 (Hari Sabtu - Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang - Km 3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Jln Banting)
Pendaftaran: Bermula 9.00am 29 Mei (Sabtu) & Tamat 4.00pm 2010 (Ahad)
Bayaran: RM2 untuk nota & kertas. (Tidak termasuk makanan)
Penyertaan: Hanya terbuka kepada Pengakap-pengakap tingkatan 2 ke atas yang telah berdaftar bagi tahun 2010

Keperluan (untuk setiap orang):
  1. Makanan & minuman secukupnya (masak sendiri) untuk 2 hari 1 malam & keperluan untuk berkhemah, keperluan mandi manda.
  2. Tongkat & tali pengakap, tali lilitan 3 urai - 1 meter , selofen tape, benang 1 meter, jarum peniti 3 bilah, kotak-kotak lama (kadbod), alat muzik untuk malam kebudayaan.
  3. Bahan mental masakan rimba - 1 biji telur, tepung gandum 100gm, gula 20gm, garam secukup rasa, daun pisang, sedikit ikan bilis, 1 ekor ikan kembong rebus kecil, buluh atau buah kelapa untuk memasak nasi secara masakan rimba.
  4. Alat tulis, buku log baru, peralatan geometri, kompas, peta topografi (fotostat dari buku geografi).

Keperluan (Kumpulan):

  1. Khemah (fly sheet jika tiada khemah pasang siap), alas tidur.
  2. 1 gurung tali raffia.
  3. Peralatan untuk memasak.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang Wen Chat
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran) merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Latihan Pengakap Raja PPT Klang
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Monday, April 12, 2010

LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)

Rujukan: Bil. (1) dlm PPTK-Latihan 2010
Tarikh : 30 Mac 2010

Kepada
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Klang (Bhg: Ko-kurikulum)

Tuan / Puan,
LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)
Adalah dengan sukacitanya saya ingin merujuk perkara di atas bersamaan persetujuan Pemimpin-pemimpin Pengakap Sekolah di mesyuarat PPT Klang yang diadakan pada 29 Mac 2010 untuk mengadakan latihan untuk Pemimpin Pengakap sekolah daerah Klang.

2. PPT Klang meninta perhatian dan pertolongan tuan untuk mendapat pengetua /Guru Besar menghantar guru pengakap sekolah menghadiri satu latihan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 8 & 9 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00am – 5.00pm (tidak bermalam)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Bayaran: RM5 (tidak termasuk makanan)
*** Bagi Pemimpin Pengakap/ Ahli Pengakap Kelana yang bukan guru sekolah, cuma perlu hadir Kursus Manikayu Pengenalan pada 8 Mei 2010 sahaja.

3. Kehadiran Pemimpin-pemimpin Pengakap bersamaan pelajar adalah dialu-alukan. Sila bawa makanan & alatan yang diperlukan. Pemimpin-pemimpin yang membawa pelajar perlu mendapat keinginan ibubapa mereka.

4. Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah dalam PPTKlang.

Segala pertanyaan boleh hubungi Cik Hoh Chee Pooi (012-6739988 /cphoh_2@hotmail.com) atau Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menjalankan tugas,

Cik Hoh Chee Pooi
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan & Sumber Dewasa)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPTKlang Bandar Diraja Selangor
Persekutuan Pengakap Tempatan Klang

sk: Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
:Pengerusi & Setiausaha PPT Klang

Latihan & Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda dan Ujian Sikap Pengakap Raja

Dengan hormatnya rujuk kepada perkara di atas.

PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda dan Ujian Sikap Pengakap Raja pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 8-9 Mei 2010
Pendaftaran: 9.00am (8 Mei 2010)
Tamat: 4.00pm (9 Mei 2010)
Bayaran: RM2 Setiap Pengakap (tidak termasuk makanan)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Penyertaan hanya dibuka kepada :


  • Pengakap Tingkatan 3 ke atas yang belum lulus Lencana Jaya.
  • Pengakap yang ingin bersedia untuk Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2011.
  • Kumpulan Pengakap di sekolah menengah yang telah daftar untuk tahun 2010 di PPT Klang sahaja.


Keperluan yang perlu dibawa:

  • Peralatan memasak makanan & bahan makanan yang sekcukupnya untuk perkhemahan 2 hari 1 malam.
  • Alat menulis, selofen tape & buku log baruTali, tongkat pengakap & bendera.
  • Keperluan mandi manda & keperluan peribadi.
  • Benang tebal seperti benang bulu kambing.
  • Parang & Pisau.
  • Peti Perlongan cemas (termasuk kain anduh besar & kecil).
  • Kompas.
  • Peralatan muzik malam kebudayaan.
  • Pakaian ibadah.
  • Tali tiga urai lilitan.
  • Tin susu yang telah digunakan.
  • Surat kebenaran ibu bapa.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

En. Franklin Tang
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Laporan: Kursus Lencana Kemahiran (Pertolongan Cemas & Perkhidmatan)

Kursus Lencana Perkhidmatan (Pertolongan Cemas & Perkhidmatan) yang telah berjaya diadakan pada: 10-11 April 2010

Sekolah-sekolah yang hadir:
1. S.M.K. Bukit Kemuning
2. S.M. (Psdn) Kwang Hua
3. S.M.J.K. Chung Hua
4. S.M.K. Tinggi Klang (Pengakap Laut)

Bilangan peserta: 29 orang



Ahli-ahli Pengakap yang menghadiri kursus

Kursus balutan anduh sedang dijalankan

Selepas kursus balutan anduh...

Latihan CPR sedang dijalankan

Kursus luka dan gigitan serangga sedang diberi oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Latihan mengangkat pesakit

Latihan mengangkat pesakit

Cara mengangkat pesakit

Pen. Pesuruhjaya (Latihan) sedang mengajar bagaimana mengunakan kayu tuap

Cara mengunakan kayu tuap di bahagian leher ditunjukkan oleh Pen. Pesuruhjaya (Pentadbiran)

Gotong-royong dijalankan sebelum kursus tamat



Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang

Monday, March 29, 2010

Laporan: Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang yang telah berjaya dijalankan pada 29 Mac 2010

Bilangan Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang Yang Hadir:
28 orang Guru
4 orang Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang :
* Pesuruhjaya Pengakap
* ADC Latihan & Sumber Dewasa
* ADC Pentadbiran
* ADC Biro Wanita



Para Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM Dearah Klang


Mesyuarat sedang dijalankan


Para guru yang menghadiri mesyuarat


ADC Latihan & Sumber Dewasa sedang memberi taklimat


Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang

Saturday, March 27, 2010

Kursus Ke Arah Pengakap Raja

1. Ujian & Latihan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas)
2. Latihan Pra-pentarafan Pengakap Raja

Sukacita dimaklumkan bahawa PPT Klang akan mengadakan Latihan & Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas) & Pra-pentarafan Pengakap Raja pada tarikh yang berikut:

Tarikh: 10-11 April 2010 (Hari Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang, Jalan Langat (di hadapan Hospital Klang)
Pendaftaran: 9.00am 10 April 2010 (Sabtu)
Tamat: 4.00pm 11 April 2010 (Ahad)
Bayaran: Yuran penyertaan RM2.00 untuk kertas kursus
Penyertaan: Terbuka hanya kepada Pengakap ...
  1. Di tingkatan 4 & 5 bagi Lencana Perkhidmatan Pertolongan Cemas.
  2. Hanya Pengakap yang telah dipilih untuk menyertai Pentarafan Pengakap Raja pada akhir April 2010 bagi Pra-Pentarafan Pengakap Raja.
  3. Kumpulan Pengakap sekolah yang telah berdaftar untuk tahun 2010.
  4. Pengakap-pengakap juga adalah diminta mendapatkan kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing untuk menyertai kursus.
Alatan & makanan: sila sediakan buku log, khemah, alatan & makanan masing-masing.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang
ADC Pentadbiran merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Pengakap Raja Daerah
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Tarikh: 29 Mac 2010
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa Klang
Masa: 2.30pm

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Perasmian PPD Klang.
2. Rehat minum petang.
3. Penerangan Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang - Pendaftaran 2010 & tauliah.
4. Perancangan latihan oleh ADC (Latihan).
5. Perancangan Program.
6. Penerangan Biro Wanita.
7. Perancangan Aktiviti Latihan & Program Pengakap Negeri Selangor.
8. Hal-hal lain.
9. Penengguhan mesyuarat.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Yang menjalankan tugas,
Franklin Tang
ADC Pentadbiran
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Tuesday, February 2, 2010

Pendaftaran Pengakap 2010

Salam Pengakap

Kepada semua pemimpin Pengakap Kumpulan Daerah Pengakap Klang diminta mendaftarkan kumpulan masing-masing dengan kadar segera. Bayaran adalah sepeti berikut
RM3.00 untuk Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.
RM5.00 untuk Pemimpin dan Kelana
RM10.00 untuk setiap kumpulan
Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Bayaran dan borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang. Borang pendaftaran telah dihantar ke kumpulan masing-masing.

Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Yang menjalankan tugas,
ADC Pentadbiran
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Monday, January 25, 2010

Laporan: Kursus Lencana Kemahiran - 23 Januari 2010

Kursus Lencana Kemahiran yang telah berjaya diadakan pada 23 Januari 2010

Tn Haji Bustamin sedang menerangkan penggangaran.

Pengakap sedang menjalan latihan penganggaran

Mendirikan khemah untuk rehat


Pengakap Remaja yang telah lulus Lencana Tertinggi turut membantu dalam kursus



Para ahli Pengakap yang menerima kursus



Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang