Monday, April 12, 2010

LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)

Rujukan: Bil. (1) dlm PPTK-Latihan 2010
Tarikh : 30 Mac 2010

Kepada
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Klang (Bhg: Ko-kurikulum)

Tuan / Puan,
LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)
Adalah dengan sukacitanya saya ingin merujuk perkara di atas bersamaan persetujuan Pemimpin-pemimpin Pengakap Sekolah di mesyuarat PPT Klang yang diadakan pada 29 Mac 2010 untuk mengadakan latihan untuk Pemimpin Pengakap sekolah daerah Klang.

2. PPT Klang meninta perhatian dan pertolongan tuan untuk mendapat pengetua /Guru Besar menghantar guru pengakap sekolah menghadiri satu latihan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 8 & 9 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00am – 5.00pm (tidak bermalam)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Bayaran: RM5 (tidak termasuk makanan)
*** Bagi Pemimpin Pengakap/ Ahli Pengakap Kelana yang bukan guru sekolah, cuma perlu hadir Kursus Manikayu Pengenalan pada 8 Mei 2010 sahaja.

3. Kehadiran Pemimpin-pemimpin Pengakap bersamaan pelajar adalah dialu-alukan. Sila bawa makanan & alatan yang diperlukan. Pemimpin-pemimpin yang membawa pelajar perlu mendapat keinginan ibubapa mereka.

4. Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah dalam PPTKlang.

Segala pertanyaan boleh hubungi Cik Hoh Chee Pooi (012-6739988 /cphoh_2@hotmail.com) atau Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menjalankan tugas,

Cik Hoh Chee Pooi
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan & Sumber Dewasa)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPTKlang Bandar Diraja Selangor
Persekutuan Pengakap Tempatan Klang

sk: Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
:Pengerusi & Setiausaha PPT Klang

No comments:

Post a Comment