Monday, March 29, 2010

Laporan: Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang yang telah berjaya dijalankan pada 29 Mac 2010

Bilangan Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang Yang Hadir:
28 orang Guru
4 orang Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang :
* Pesuruhjaya Pengakap
* ADC Latihan & Sumber Dewasa
* ADC Pentadbiran
* ADC Biro Wanita



Para Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM Dearah Klang


Mesyuarat sedang dijalankan


Para guru yang menghadiri mesyuarat


ADC Latihan & Sumber Dewasa sedang memberi taklimat


Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang

Saturday, March 27, 2010

Kursus Ke Arah Pengakap Raja

1. Ujian & Latihan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas)
2. Latihan Pra-pentarafan Pengakap Raja

Sukacita dimaklumkan bahawa PPT Klang akan mengadakan Latihan & Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas) & Pra-pentarafan Pengakap Raja pada tarikh yang berikut:

Tarikh: 10-11 April 2010 (Hari Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang, Jalan Langat (di hadapan Hospital Klang)
Pendaftaran: 9.00am 10 April 2010 (Sabtu)
Tamat: 4.00pm 11 April 2010 (Ahad)
Bayaran: Yuran penyertaan RM2.00 untuk kertas kursus
Penyertaan: Terbuka hanya kepada Pengakap ...
  1. Di tingkatan 4 & 5 bagi Lencana Perkhidmatan Pertolongan Cemas.
  2. Hanya Pengakap yang telah dipilih untuk menyertai Pentarafan Pengakap Raja pada akhir April 2010 bagi Pra-Pentarafan Pengakap Raja.
  3. Kumpulan Pengakap sekolah yang telah berdaftar untuk tahun 2010.
  4. Pengakap-pengakap juga adalah diminta mendapatkan kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing untuk menyertai kursus.
Alatan & makanan: sila sediakan buku log, khemah, alatan & makanan masing-masing.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang
ADC Pentadbiran merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Pengakap Raja Daerah
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Tarikh: 29 Mac 2010
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa Klang
Masa: 2.30pm

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Perasmian PPD Klang.
2. Rehat minum petang.
3. Penerangan Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang - Pendaftaran 2010 & tauliah.
4. Perancangan latihan oleh ADC (Latihan).
5. Perancangan Program.
6. Penerangan Biro Wanita.
7. Perancangan Aktiviti Latihan & Program Pengakap Negeri Selangor.
8. Hal-hal lain.
9. Penengguhan mesyuarat.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Yang menjalankan tugas,
Franklin Tang
ADC Pentadbiran
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang