Monday, April 12, 2010

LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)

Rujukan: Bil. (1) dlm PPTK-Latihan 2010
Tarikh : 30 Mac 2010

Kepada
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Klang (Bhg: Ko-kurikulum)

Tuan / Puan,
LATIHAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN LATIHAN RANCANGAN TAHUNAN (PENGAKAP)
Adalah dengan sukacitanya saya ingin merujuk perkara di atas bersamaan persetujuan Pemimpin-pemimpin Pengakap Sekolah di mesyuarat PPT Klang yang diadakan pada 29 Mac 2010 untuk mengadakan latihan untuk Pemimpin Pengakap sekolah daerah Klang.

2. PPT Klang meninta perhatian dan pertolongan tuan untuk mendapat pengetua /Guru Besar menghantar guru pengakap sekolah menghadiri satu latihan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 8 & 9 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00am – 5.00pm (tidak bermalam)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Bayaran: RM5 (tidak termasuk makanan)
*** Bagi Pemimpin Pengakap/ Ahli Pengakap Kelana yang bukan guru sekolah, cuma perlu hadir Kursus Manikayu Pengenalan pada 8 Mei 2010 sahaja.

3. Kehadiran Pemimpin-pemimpin Pengakap bersamaan pelajar adalah dialu-alukan. Sila bawa makanan & alatan yang diperlukan. Pemimpin-pemimpin yang membawa pelajar perlu mendapat keinginan ibubapa mereka.

4. Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah dalam PPTKlang.

Segala pertanyaan boleh hubungi Cik Hoh Chee Pooi (012-6739988 /cphoh_2@hotmail.com) atau Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menjalankan tugas,

Cik Hoh Chee Pooi
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan & Sumber Dewasa)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPTKlang Bandar Diraja Selangor
Persekutuan Pengakap Tempatan Klang

sk: Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
:Pengerusi & Setiausaha PPT Klang

Latihan & Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda dan Ujian Sikap Pengakap Raja

Dengan hormatnya rujuk kepada perkara di atas.

PPT Klang akan menjalankan Latihan & Ujian Lencana Jaya Pengakap Muda dan Ujian Sikap Pengakap Raja pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 8-9 Mei 2010
Pendaftaran: 9.00am (8 Mei 2010)
Tamat: 4.00pm (9 Mei 2010)
Bayaran: RM2 Setiap Pengakap (tidak termasuk makanan)
Tempat: Kem Pengakap Klang, KM3 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Jalan Banting) Klang.
Penyertaan hanya dibuka kepada :


  • Pengakap Tingkatan 3 ke atas yang belum lulus Lencana Jaya.
  • Pengakap yang ingin bersedia untuk Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2011.
  • Kumpulan Pengakap di sekolah menengah yang telah daftar untuk tahun 2010 di PPT Klang sahaja.


Keperluan yang perlu dibawa:

  • Peralatan memasak makanan & bahan makanan yang sekcukupnya untuk perkhemahan 2 hari 1 malam.
  • Alat menulis, selofen tape & buku log baruTali, tongkat pengakap & bendera.
  • Keperluan mandi manda & keperluan peribadi.
  • Benang tebal seperti benang bulu kambing.
  • Parang & Pisau.
  • Peti Perlongan cemas (termasuk kain anduh besar & kecil).
  • Kompas.
  • Peralatan muzik malam kebudayaan.
  • Pakaian ibadah.
  • Tali tiga urai lilitan.
  • Tin susu yang telah digunakan.
  • Surat kebenaran ibu bapa.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

En. Franklin Tang
Pen. Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang (Pentadbiran)
b/p Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang

Laporan: Kursus Lencana Kemahiran (Pertolongan Cemas & Perkhidmatan)

Kursus Lencana Perkhidmatan (Pertolongan Cemas & Perkhidmatan) yang telah berjaya diadakan pada: 10-11 April 2010

Sekolah-sekolah yang hadir:
1. S.M.K. Bukit Kemuning
2. S.M. (Psdn) Kwang Hua
3. S.M.J.K. Chung Hua
4. S.M.K. Tinggi Klang (Pengakap Laut)

Bilangan peserta: 29 orang



Ahli-ahli Pengakap yang menghadiri kursus

Kursus balutan anduh sedang dijalankan

Selepas kursus balutan anduh...

Latihan CPR sedang dijalankan

Kursus luka dan gigitan serangga sedang diberi oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Latihan mengangkat pesakit

Latihan mengangkat pesakit

Cara mengangkat pesakit

Pen. Pesuruhjaya (Latihan) sedang mengajar bagaimana mengunakan kayu tuap

Cara mengunakan kayu tuap di bahagian leher ditunjukkan oleh Pen. Pesuruhjaya (Pentadbiran)

Gotong-royong dijalankan sebelum kursus tamat



Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang