Monday, March 29, 2010

Laporan: Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang yang telah berjaya dijalankan pada 29 Mac 2010

Bilangan Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang Yang Hadir:
28 orang Guru
4 orang Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang :
* Pesuruhjaya Pengakap
* ADC Latihan & Sumber Dewasa
* ADC Pentadbiran
* ADC Biro Wanita



Para Guru & Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM Dearah Klang


Mesyuarat sedang dijalankan


Para guru yang menghadiri mesyuarat


ADC Latihan & Sumber Dewasa sedang memberi taklimat


Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang

Saturday, March 27, 2010

Kursus Ke Arah Pengakap Raja

1. Ujian & Latihan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas)
2. Latihan Pra-pentarafan Pengakap Raja

Sukacita dimaklumkan bahawa PPT Klang akan mengadakan Latihan & Ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja (Lencana Perkhidmatan, Pertolongan Cemas) & Pra-pentarafan Pengakap Raja pada tarikh yang berikut:

Tarikh: 10-11 April 2010 (Hari Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Pengakap Klang, Jalan Langat (di hadapan Hospital Klang)
Pendaftaran: 9.00am 10 April 2010 (Sabtu)
Tamat: 4.00pm 11 April 2010 (Ahad)
Bayaran: Yuran penyertaan RM2.00 untuk kertas kursus
Penyertaan: Terbuka hanya kepada Pengakap ...
  1. Di tingkatan 4 & 5 bagi Lencana Perkhidmatan Pertolongan Cemas.
  2. Hanya Pengakap yang telah dipilih untuk menyertai Pentarafan Pengakap Raja pada akhir April 2010 bagi Pra-Pentarafan Pengakap Raja.
  3. Kumpulan Pengakap sekolah yang telah berdaftar untuk tahun 2010.
  4. Pengakap-pengakap juga adalah diminta mendapatkan kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing untuk menyertai kursus.
Alatan & makanan: sila sediakan buku log, khemah, alatan & makanan masing-masing.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Yang menjalankan tugas,

Franklin Tang
ADC Pentadbiran merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Pengakap Raja Daerah
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat Ketua Guru Pengawas Kokurikulum (Pengakap) Sekolah-Sekolah PPT Klang

Tarikh: 29 Mac 2010
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa Klang
Masa: 2.30pm

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Perasmian PPD Klang.
2. Rehat minum petang.
3. Penerangan Pesuruhjaya Pengakap PPT Klang - Pendaftaran 2010 & tauliah.
4. Perancangan latihan oleh ADC (Latihan).
5. Perancangan Program.
6. Penerangan Biro Wanita.
7. Perancangan Aktiviti Latihan & Program Pengakap Negeri Selangor.
8. Hal-hal lain.
9. Penengguhan mesyuarat.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Yang menjalankan tugas,
Franklin Tang
ADC Pentadbiran
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Tuesday, February 2, 2010

Pendaftaran Pengakap 2010

Salam Pengakap

Kepada semua pemimpin Pengakap Kumpulan Daerah Pengakap Klang diminta mendaftarkan kumpulan masing-masing dengan kadar segera. Bayaran adalah sepeti berikut
RM3.00 untuk Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.
RM5.00 untuk Pemimpin dan Kelana
RM10.00 untuk setiap kumpulan
Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Bayaran dan borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang. Borang pendaftaran telah dihantar ke kumpulan masing-masing.

Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Tn Haji Bustamin (017-6462773)

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Yang menjalankan tugas,
ADC Pentadbiran
b/p Pesuruhjaya Pengakap Tempatan Klang

Monday, January 25, 2010

Laporan: Kursus Lencana Kemahiran - 23 Januari 2010

Kursus Lencana Kemahiran yang telah berjaya diadakan pada 23 Januari 2010

Tn Haji Bustamin sedang menerangkan penggangaran.

Pengakap sedang menjalan latihan penganggaran

Mendirikan khemah untuk rehat


Pengakap Remaja yang telah lulus Lencana Tertinggi turut membantu dalam kursus



Para ahli Pengakap yang menerima kursus



Update by: ADC Pentadbiran Franklin Tang